Tahukah anda bahawa Mauna Kea atau Gunung Putih (White Mountain) di Hawaii
adalah gunung bawah laut tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai
16,400 meter dari dasar laut hingga ke puncak. Rangkaian gunung berapi
terpanjang di dunia, dengan panjang mencapai 2,400 km, juga ada di
kepulauan itu.
Ketika ini diketahui ada sekitar 5,000 gunung berapi aktif di bawah laut
di seluruh dunia, pelbagai saiz, berdiri sendirian atau membentuk
rabung dengan gunung berapi yang lain, dimana yang tertinggi akan
bangkit di atas permukaan sebagai pulau. Bahagian tenggelam Kepulauan
Hawai, sebagai contoh, adalah salah satu daripada rabung gunung berapi
yang terbesar dan terpanjang - lebih daripada 2,400 km (1,500 batu)
panjang.
1. Molokini Crater, Hawaii
Foto kredit: maui-boat-rental.com
Ketinggian gunung ini membuat puncaknya keluar separuh di permukaan laut
dan membentuk bulan sabit. Kawasan di sekitar gunung ini sangat disukai
para penyelam dan kaya dengan habitat burung laut.
2. Morro Rock, California
Foto kredit: Doc Searls
Gunung ini merupakan salah satu rangkaian gunung berapi yang dikenali
dengan nama 'Nine Sisters'. Batu itu telah dinamakan sebagai 'El Morro'
(kerikil) oleh penjelajah Portugis pada abad ke-16 apabila kawah gunung
berapi masih boleh dilihat. Hari ini, hakisan terus-menerus membentuk
Morro Rock.
3. Surtsey, Iceland
Foto kredit: NASA
Dalam sesetengah kes, letusan gunung berapi bawah laut akan membentuk
pulau baru di atasnya. Itulah yang terjadi pada Surtsey. Pada 1963,
gunung ini meletus dan pulau baru terbentuk di atasnya. Pulau ini
menjadi yang paling muda, objek kajian yang sesuai untuk ahli-ahli
geologi, ahli botani dan biologi dan telah diisytiharkan sebagai Tapak
Warisan Dunia UNESCO.
4. Eldfell Volcano, Heimaey Island, Iceland
Foto kredit: Calum Davidson
Iceland merupakan negara yang kaya dengan gunung berapi bawah laut, dan
majoriti gunung-gunung berapi di negara ini tergolong dalam gunung
berapi aktif. Letusan paling besar terjadi pada tahun 1973, ketika lava
gunung ini menutupi Pelabuhan Helmaey.
5. Iwo Jima, Jepun
Foto kredit: dpri.kyoto-u.ac.jp
Gunung berapi ini terletak berhampiran Pulau Iwo Jima, di lautan
Pasifik. Gunung ini pernah meletus pada tahun 2005. Seorang anggota
tentera Jepun yang ditempatkan di pulau itu telah memberi amaran kepada
pihak berkuasa selepas perasan kepulan stim 1-km (3,280 kaki).
6. Brothers Volcano, Kermadec Arc, New Zealand
Diagram tiga dimensi dari gunung ini merupakan bahagian dari gunung
berapi aktif Karmadec Arc. Letaknya 1,850 meter di bawah permukaan laut.
Terdapat kawah besar dengan kedalaman 300 - 500 meter.
7. Healy Volcano, Kermadec Ridge
Foto kredit: mitrasites.com
Ini merupakan gunung berapi besar lainnya di Kermadec Ridge, yang terletak sekitar 400 km Timur Laut New Zealand.
8. NW-Rota 1, Jepun
Foto kredit: geology.com
Pada 29 April 2006, gunung ini meletus dan lava berwarna merah menyembur
dari kawah NW-Rota Pit di kedalaman 560 meter di bawah laut.
9. Kick 'Em Jenny, Grenada
Foto kredit: makaisails.com
Gunung ini terletak sekitar 8 km dari utara Grenada dan termasuk gunung
berapi aktif di Laut Caribbean. Gunung ini meletus pertama kali pada
tahun 1939 dan terakhir pada 2001.
10. Bransfield Strait, Antartika
Foto kredit: Lyubomir Ivanov
Meskipun selalu diselimuti salji, Antartika menyimpan rangkaian gunung
berapi di dasar lautnya dan kebanyakannya masih aktif. Salah satunya
adalah Bransfield Strait yang puncaknya keluar di permukaan laut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar